Pengumuman Penting!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

on 03 February 2013

Agak terover dengan tajuk diatas tu. Jangan khuatir, hanya tajuk sahaja yang menjerit meminta perhatian korang semua. Aku tak kuasa nak menjerit malam2 buta ni. Dahlah harini seharian bertenggek depan komputer , ditambah pulak dengan cuaca yang lembap harini. Hujan jek memanjang.

OK, pengumuman yang nak aku sampaikan adalah, Blog MK Kimi  kini telah bertukar tapak. Hanya tapak, ownernya masih aku. Dari blogspot kini aku beralih arah ke self-host dan domain sendiri iaitu mkhakimi.com. Disebabkan itulah, aku habiskan masa harini dengan bermain self-host ni sebab terlalu banyak benda yang tak tahu. Mula2 itu mintak pendapat bro eizil, bro anarm lepas tu bro titan dengan eyriqazz dan beberapa orang lagi yang mengomen pertanyaan aku kat facebook page Denaihati Network. Walaupun tak banyak bantuan diorang sebab aku dikejauhan, at least membantu jugak utk aku yang zero knowledge tentang self-host ni. Tambah pulak wordpress yang jugak memeningkan kepala. Gatal sangat nak pakai hosting sendiri. Amik kau!

mkhakimi.com

Leceh tu tak dinafikan, tapi harapnya bila bertukar ke self-host ni aku dapat share lebih input yang berguna dan ramailah yang sudi jenguk blog hina dina tu (itu jek matlamat sebenar..haha!)

Oklah, jangan lupa singgah ke mkhakimi.com dan follow lah apa yang patut kat sana utk mendapatkan maklumat dan entri terkini dari aku (bajet retis). Yelah, kat wordpress ni mana ada blogger follower dah, alternatifnya aku sediakan my google+ account, fanpage kat google+ and networkblog. Mohon sudi.

Satu lagi, silalah tinggalkan link korang pada ruangan link exchange utk memudahkan aku jenguk blog korang setiap hari sebanyak yang mungkin. Till then, majulah bloggers semua. Gitewww...

p/s; dah tiba masanya.....

Bab Baharu

on 02 February 2013

Or in english we say...new chapter. Sedar tak sedar dah masuk bulan februari 2013. Bermula  dari bulan ini sehinggalah beberapa bulan ke hadapan, tanggungjawab baru bakal digalas. Sambil menunggu tarikh bilakah viva aku, aku kena selesaikan projek baru. Yang paling penting, buat overlapping PCR utk a few mutants yang telah aku dapat. Before this, dah try, malangnya tak menjadi. But, actually despite all the works, mood cuti2 Malaysia masih belum reda. Camne nih? Hari khamis lepas, bila sampai je kat UTM terus homesick! Terbayang2 muka parents, lauk2 yang sedap menjilat jari, anak2 buah yang comel dan degil dan selalu kena cubit dengan aku, tengok TV walaupun cerita tu tak best...ahhh, nikmatnya duduk rumah.
.
.
.
 Pang! lempang sebijik! Back to reality.

My labmate sorang ni sangat bersemangat. Macam2 benda baru dia beli.. Dah tak sabar sangat dah tu nak kembali buat wet lab. Yelah, masa menulis thesis dulu sangat tak best hokey! Nak menulis satu page tu sangat merana. SO. bila dah berpeluang kembali buat wet lab tu, rasa best sangat. Tapi, lagi best kalau duduk rumah. Lalalala~

diari islamik
Diari ni bagus. Ada nasihat buat semua dan disetiap helaian ada doa2 harian

Bagaikan taknak kalah, aku pon nak jugak beli barang baru berserta semangat yang tak berapa nak baru. Hehe..New diary! Diari islamik ni aku beli since third day aku bercuti hari tu. Katanya dapat tanggungjawab baru dengan beberapa tugas management lab. So, better aku sediakan diari supaya all the plans will be well-organized and also as a reminder. Aku ni pelupa jugak kadang2. Masuk telinga kanan keluar pon ikut telinga kanan. Tak sempat nak melekat kat otak.

Oklah. Masa untuk jogging. Jom!

Tukar Kerajaan Tinggi Risikonya, Benarkah?

on 01 February 2013

Maaf ini bukan blog politik. Ini adalah blog rakyat Malaysia yang cakna akan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di dalamnya. Jika korang datang sini semata nak mengutuk pihak kanan ataupun pihak kiri, aku sarankan korang masuk blog lain. Blog ini hanya meluahkan rasa jiwa tentang situasi dan norma masyarakat yang semakin terpesong dan haru biru. Disetiap pandangan aku, aku cuba utk tidak bias terhadap sesetengah pihak, kerana masing2 bukannya boleh dipercayai 100%. Kita dikurniakan akal, so guna akal tersebut. Jangan membuta tuli maki orang lain hanya kerana berbeza ideologi politik.

pru 13 tukar kerajaan risiko


Terdetik rasa dihati nak berkongsi rasa tentang apa yang diluahkan oleh pak PM kita. Berdasarkan gambar diatas, sebagai rakyat Malaysia, apakah firasat dan pandangan korang? Takut? Kecut? atau sekadar gimik dan omong kosong? Well, each one of us ada persepsi masing2 dan persepsi itu yang membuatkan kita berbeza pendapat dan timbul pelbagai idea. Idea yang bernas dan berguna utk perkembangan negara.

Tapi, betul ke kalau tukar kerajan boleh merosot ekonomi negara? Aku tak pandai ekonomi so aku taknak buat andaian mengarut. Orang ekonomi mohon komen sikit. Tapi pelik jugaklah, negara seperti US dan Jepun yang asyik bertukar tampuk pemerintahan takde pulak jaduh merudum ekonomi diorang. Makin hebat adalah yang aku nampak. Negara kita pon tak kurang hebatnya tapi kehebatan tu mendatar. Entah bila nak smpai puncak pon tak tahu. Satu lagi, adakah dengan kenyataan begini menunjukkan PM kita tak yakin akan kebolehan PR? Kita sendiri belum pernah melihat PR mentadbir negara, so bagaimana kenyataan begini boleh timbul. Adakah berdasarkan pemerhatian terhadap top 4 negeri kat Malaysia ni? Well, setahu aku banyak media memuji kebolehan PR mentadbir top 4 negeri ini, malah lebih baik berbanding negeri lain. Korang tahu? Thats why aku kata, jangan hanya menilai dari sebelah pihak.

Jikalau PM benar2 risau tampuk pemerintahan bakal bertukar tangan, apa guna pilihanraya setiap 5 tahun? Bukankah pilihanraya itu merupakan medan dimana rakyat menentukan siapakah yang selayaknya memerintah negara? Kalau beginilah alasan dan risikonya, baik tak payah buat kerana membazir wang dan tenaga. Tapi kalau ada kepincangan dalam pemerintahan, terimalah mogokan dari rakyat. Huahua! :)

So, apa kata korang?  Benarkah ekonomi Malaysia akan merudum?

p/s: Politik itu tidak kotor, yang kotor adalah mereka yang begitu taksub dengan politik! 

Segmen Saya Follow U, U Follow Me By mselim3

Jutaan terima kasih kepada saudara +Mohd Selim Zainal kerana menjemput saya untuk memeriahkan segmen yang dianjurkan beliau. Aku sekarang ni sedang sibuk membusykan diri, kononnya banyaklah keje nak dibuat. Disebabkan itulah, berhari2 blog tak dikemaskini. And millions thank to those yang tak jemu2 singgah sini. Katanya.... (sila baca ala2 Azwan Ali propaganza)


Anyway, jom ramai2 memeriahkan segmen ni. Kita saling kenal antara blogger2 yang lain tak kira baru lahir or dah nak pencen. Bukan senang aku nak join segmen tapi memandangkan tuan blog sendiri jemput, so, aku join. Thanks bro mselim3! 

Cara join...

1. Buat entri tentang segmen ini.
2. Letakkan link entri anda kat ruangan komen entri bro mselim3
3. Jenguk2 entri penyertaan dari blogger lain
4. That's it!

Dah nama segmen pun "Saya Follow U, U Follow Me",so silakan lah tekan button follow blog ni. Tak kiralah follow Google+ or Blog ini. Tak ada unsur paksaan disini. TQ! :)

Tinggal Lagi 2 Hari

on 29 January 2013

Masa cuti2 Malaysia hampir sampai ke penghujungnya. Masa relaks, tengok tv, tido terlentang, makan lauk best2 sampai kembang, jalan sana sini (tak berjalan mana pon) bakal tamat dalam masa dua hari lagi. 1 Feb 2013, aku akan mula memakai kembali sut makmal aka labcoat. Rasa tak puas tu semestinya ada, tapi life must go on. Lebih2 lagi bila merancang utk menamatkan zaman bujang ni, so harus kerja cari rezeki lebih. Giteww...

Balik UTM nanti, boleh kembali jogging, boleh mula berenang kembali (hopefully kolam renang dah bukak) dan boleh download citer best2. Budak2 undergrad tak habis cuti lagi kan? Hoorey! Eh, tetiba happy plak nak balik sana. 

Selama almost 13 hari kat rumah ni, aku banyak termenung, terbaring, tergolek atas katil. Aku bukan jenis yang suka bersosial dengan umat manusia, unless mereka yang rapat sahaja. So, most of the time aku lebih selesa duduk rumah. Namun, kadang2 ada jugak rasa nak keluar beramah mesra dgn mereka diluar sana tapi kenderaan pulak takdak. Sepetang Bersama Blogger 2013 pon tak dapat join. Selalunya setiap kali balik aku akan ke kedai rakan baik dekat TBS. Kedai dia namanya Hop-In level 4. Tapi dak takde transport. Taksi? Terima kasih...LRT? jauh sgt dari rumah. So, terperap mcm anak dara lah kat rumah. Tapi, anak dara sekarang bukan jenis duduk rumah, ye dak? Oppsss :)

Oklah, masa untuk menikmati karipap tersedap di abad ini buatan bonda. Lepas ni dah payah nak merasa

karipap panas paling sedap
Terangkat gua cakap lu bila makan karipap ni

Followers

Disclaimer

Segala apa yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis sama ada secara sarkastik mahupun secara terus. Ianya tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, badan-badan NGO, parti politikus, yang telah arwah ataupun yang sedang menikmati saki baki kehidupan.



 
© Blog MK Kimi All Rights Reserved