3 Lelaki Kacak Di Universal Studio Singapura

on 02 May 2012

Semalam adalah hari cuti untuk buruh2 di Malaysia dan juga ia merupakan hari buruh yang paling best dalam hidup setakat ini. Selalunya hari buruh ni aku lebih rela memerangkapkan diri dalam kotak segi empat dan menguncikan diri di alam fantasi sendiri. Tapi semalam, aku telah memilih untuk keluar ke dunia realiti dengan berjimba di Universal Studio Singapura bersama lagi 2 orang lelaki kacak. Mereka adalah Anuar dan Yusuf. Bagi yang kenal, 2 teruna ini memang kacak. And of course, aku paling kacak, setuju? (sila muntah with your milky green or colourful vomit)

Disebalik pelbagai halangan dari hari sebelumnya sehinggalah pukul 7.30 pagi selasa, akhirnya kami berjaya meloloskan diri ke negara kecil Singapura. Jom baca kronologinya.

8.45 am:
Kami menaiki bas 707 Travel & Tour menuju terus ke Resort World Sentosa. Mengambil masa lebih kurang 2 jam. Lama kan? sebab bas ni banyak berhenti ambil penumpang contohnya di Taman Tun Aminah dan Larkin. Di Imigresen Malaysia dan Singapura pon lama gak. Tambah pulak, kami tak isi embarkment form awal2. So, kami yang terakhir naik bas di Imigeresen Singapura.

Sebelah aku ni Yusuf, orang Malaysia ye

10.45 am:
Sesi berjimba kami dimulakan dengan melulu masuk ke Pantages Hollywood Theater. Menonong je masuk ikut segerombolan manusia dengan takda idea langsung apa yang akan berlaku dalam teater tu. Gila kan? almost 20 minit kami tunggu tapi pintu teater tak pon bukak2. Sorang demi sorang keluar dengan muka penuh kecewa, begitulah kami. Bazir masa 20 minit. Damn! Next target Transformer The RideLuckily, timing kami memang cun sebab masa menunggu untuk entrance ride tak terlalu lama. Bagi kami, Transformer paling best. Dengan cermin mata 3D dan aksi seakan real dan menaiki robot Evac seolah2 kami terlibat sama dalam peperangan diantara robot, ini memang terbaik! Naik banyak kali pon tetap best. Satu ride, boleh muat 12 orang, 4 orang per row.


Tu dia...Transformer The Ride

"Prime! Aku arahkan kau menari sekarang!"

11.15 am:
Lunch kami bukan ala2 Prince Charming punya menu. Ini menu lelaki kacak yang nak jaga kekacakan punya pasal. Instead of that, to save our pocket money to buy something valuable. Keluar je dari transformer ride, terus baham kat cafe sebelah.

Sandwich tuna, nasi himpit, serunding, telur rebus dan ayam goreng

12.00 noon:
Sesi berfoya disambung kembali. Next game adalah Revenge Of The Mummy. Kami dah tau yang ni kami akan ride roller coaster based on explanation dalam pamplet. So, segala barang berharga dan beg terpaksa kami simpan dalam locker. Luckily, the locker is free for the first 30 minutes. Hopefully, tak lama and it is. Masuk je entrance dah rasa aura firaun (muahaha!). Gelap dan a bit seram. Aku terpaksa jalan slowly sebab aku tak berapa nampak jalan. Lampu pon malap je. Adalah beberapa kali aku terlanggar tiang. Diorang ni ingat aku mabuk. Cis! Ride the mummy ni sumpah mengerikan dan maha menakutkan. Mahu naik sewel bila ride tu tiba2 reverse and suddenly menjunam kebawah dengan kelajuan yang maksimum aku rasa. Dah la gelap and of course tak nampak dia punya route. Keluar je aku dah terhuyung hayang dengan rambut tegak memacak. Jangan ajak aku lagi!

Pintu masuk

Bodyguard kami tinggiiiii..bengis pulak tu

12.45 pm:
Seterusnya plan nak masuk Jurassic Park Rapids Adventure, tapi disebabkan waiting time 40 minutes, kami merayau ke tempat lain dahulu. So, next is Far Far Away. Kat sini ada banyak attractions yang boleh korang rawat jiwa lara. Kami pilih Shrek 4D Adventure sebagai rawatan jiwa pertama. Kat sini, kami tonton video Shrek menggunakan cermin mata 3D. Mulanya bila masuk hall, macam biasa aje. Try guna cermin mata tu takda efek pon. Dah mula rasa menyesal dan kutuk2 dalam hati, dah la berdiri. Letih tahu? Rupanya itu just teaser untuk pengembaraan sebenar secara 4D. Masuk ke dewan lain, mula rasa kagum sikit. Selain dari efek 3D melalui cermin mata khas, tayangan ini juga ada efek2 lain seperti percikan air, angin, api yang panas dan labah2 kat kaki. Ini rupanya tayangan 4D. Yang ini pon best. Takdelah kepala asyik pusing2 je. Nak tido pon ada.haha!

Menuju ke Far Far Away

1.15 pm:
Ok. Energy dah reload setelah merebahkan badan di kerusi empuk sebentar tadi. Now, Yusuf ajak kami ke Enchanted Airways. Katanya yang ni junior roller coaster. At first, aku refuse sebab kepala masih hanyut. Blame you the mummy! Tapi disebabkan ada perkataan junior, aku join jugaklah. Mujur jugak waiting time tak lama. Setelah naik, aku boleh dikatakan ni roller coaster untuk budak2. (eh berlagak!). Dia punya route dah lah pendek dan tak thrill. (yang betul2 thrill tak nak pulak!). Lepas naik Enchanted airways, lelaki2 kacak ni paksa aku naik Battlestar Galactica. Aku refuse dengan manja...TAK NAK! Human or Cyclon, dua2 aku TAK NAK! Dekat Battlestar Galactica ni ada dua roller coaster yang membuatkan aku begitu sayangkan nyawa kurniaan Maha Agung ni. Instead of that aku pening, dan aku takut aku ada chance aku tumpahkan segala isi perut ni ke atas manusia2 yang berada di bawah sana. So, aku refuse dengan manja.

In between 2 roller coaster

2.00++ pm:
Masa ni rasanya Jurassic Park Rapid Adventure dah tak ramai kot yang menunggu. So, kami berpatah balik ke sana dengan harapan waiting time tak lama. Tepat sekali. Waiting time just 20 minit.  Bergegas kami ke locker dan simpan semua beg, phone dan wallet. Kami aware yang ride ni akan melenjunkan kami, tapi disebabkan sifat gelojoh terserlah, ponco (baju hujan) yang kami beli earlier dengan harga 3SGD, kami termasuk sekali dalam locker. Even worse, nak beli baru pon wallet dah dalam locker. Nak bukak balik locker kena tambah lagi 3SGD. Rela? No way! dengan hati patah seribu, kami merelakan badan tough ini dibasahi air USS. Nikmat kot. Yang ni satu boat yang bulat boleh muat maksimum 9 orang. Perjalanan dia akan melalui sungai (macam la) yang mana kiri kanan sungai akan dipenuhi dengan bermacam jenis dinosaur. Yang membuatkan kami basah adalah, ada satu part tu boat kami akan suddenly jatuh dari satu paras yang agak tinggi jugaklah. Masa ni boleh mencarut dalam hati je. Bodohkan diri sendiri sebab lupa bawak masuk baju hujan. Yang paling lenjun adalah Anuar.haha!

Entrance Jurassic Park 

2.30++ pm:
Next target is Madagascar. Area sini ada 2 attraction je. Tapi untuk lelaki kacak dan ingin menjaga kekacakan, kami memilih Madagascar: A Crate Adventure instead of King Julien's Beach Party-Go Round. Yang ni kat Danga Bay ada. Unfotunately, crate adventure ni pon ada chance kami akan dibasahi air sebab ia seolah2 Jurassic Park Rapid Adventure. Bezanya sana ada dinosaur, kat madagascar ni ada karakter2 Madagascar lah. But at least, dapat merehatkan kelenguhan kaki dan tiada aksi pusing2 yang boleh memeningkan sereberum dan serebelum aku.


Snap jap sebelum jumpa karakter2 madagascar


3.00 pm:
Habis main air, kami jalan2 sekitar New York. Kat sini ada 2 attraction. Kami pilih Lights, Camera, Action! Hosted by steven Spielberg. Aku sendiri tak tahu kenapa kami tak masuk Stage 28. Kat dalam Lights, Camera, Action tu kami tengok bermacam jenis poster filem arahan Steven Spielberg. Contohnya Trilogi Back To The Future, Bourne Ultimatum, Van Helsing dan lain2. Kat sini, kami alami sendiri macam mana Steven Spielberg buat movie dengan pelbagai natural effect yang aku rasa pengarah kat Malaysia belum lagi sampai tahap tu. Walaupon sekejap tapi best!




4.00 pm:
Kami dah mula kepenatan dan tapak kaki dah rasa haus. Alangkah nikmat jika ada servis urutan kaki masa ni...FOC. Masa ni kaki ni hanya membawa empunya kaki berjalan sekitar Hollywood. Masuk kedai sourvenir, usha barang murah2 sikit nak bawak balik Tanah Melayu dan ada a few show yang menarik perhatian contohnya nyanyian dari a group of girl ala2 Wonder Girl dan break dance. Aku nak je stay tengok lama sikit show ni semua, tapi apakan daya, aku belum solat zohor lagi. Alhamdulillah, kat dalam USS ni ada surau walaupun kecil but at least ada. Lokasinya in between Ancient Egypt dan Battlestar Galactica.






4.30 pm:
Lepas solat, kami ke game seterusnya. Treasure Hunters. Game ni masuk dekat2 nak balik pon takpe. Takpon tak masuk langsung pon takpe. Sebab tak best. Dalam banyak2 game dalam USS ni, treasure hunters adalah yang paling tak best. Hanya duduk dalam kereta (konon) dan pusing2 ikut track dia. Nanti aku jumpa beberapa replika haiwan ganas and....that's it. Tak menakutkan dan boleh rilek2 dalam so-called kereta tu.

5.00 pm:
Next, kami balik ke lokasi pertama bila kami sampai iaitu Pantages Hollywood Theater. Dalam ni ada teater musikal monster rock. Teater tu pon besar, agak2 boleh muat 1000 orang kot. Teater tu pon best dimulakan dengan nyanyian We Will Rock You. Kemudian muncul seorang lelaki kacak dengan membawa laptop dan gitar di tangannya. As we know, teater musikal ni banyaklah nyanyian dan menari kan? Tak lama lepas tu muncul la beberapa watak menyeramkan seperti Dracula, Frankenstein, dan lagi 5 orang aku tak tahu apa watak diorang.hehe..Maka menyanyilah menarilah dan berdramalah diorang diatas pentas dengan beberapa buah lagu english selama 20 minit. Kami keluar dewan dengan tersenyum puas (agaknyalah).

6.00 pm:
Kami ke game kami yang terakhir yang terletak di Lost World iaitu Canopy Flyer. Sebelum ni pon dah usha nak main, tapi sebab waiting time terlalu lama kami try game lain dulu. Kali ni waiting time hanya 5 minit. So, apa lagi. Waktu2 penamat ni memang tak ramai. Canopy flyer ni ala2 roller coaster jugaklah. Macam Battlestar Galactica Cyclon pon ada jugak cuma yang ni hanya 4 orang satu ride. 2 depan 2 belakang. Aku duk belakang sorang2. Thanks God, yang ni takda extreme pusing2. Just normal pusing. Syukur, oksigen masih berjaya aku sedut lepas naik benda ni. Best jugak! (tetiba terasa menyesal tak naik roller coaster kat Battlestar Galactica)

To kill the time, kami merayau ke kedai sourvenir. Datang sini dengan bekalan SGD40 takkan tak beli langsung kan? Dari SGD40 tu duit aku dah tinggal 30++SGD. Selebihnya bayar kt locker dan sebotol air mineral yang berharga SGD2.50. Masa duk usha sourvenir ni memang takda satu yang murah, semua mahal2. Maka berkenanlah aku kat mug Shrek dan mug Princess Fiona. Walaupon SGD16 setiap satu, aku beli jugaklah, habiskan duit yang aku ada. Mug ni satu untuk aku, satu untuk Miss Rosemary tercinta.

9.45 pm:
Balik Malaysia...





Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Post a Comment

Jangan segan silu untuk mengomen.Sila2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Disclaimer

Segala apa yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis sama ada secara sarkastik mahupun secara terus. Ianya tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, badan-badan NGO, parti politikus, yang telah arwah ataupun yang sedang menikmati saki baki kehidupan.



 
© Blog MK Kimi All Rights Reserved